Apa itu BIOS?

Apa itu BIOS?

BIOS = Basic Input/Output System

BIOS adalah kod firmware yang mula2 running, bila kita ON PC kita. Pernah perhatikan apa yang muncul di monitor selepas ON PC? Biasa tengok seperti ini?

(sumber gambar dari http://www.pcbuyerbeware.co.uk/BIOS.htm)

Selingan - Firmware lebih kurang sama macam perisian (software) juga, cuma bezanya, ia pada perkakasan (hardware). Firmware sudah di-install siap2 masa pembuatan barang2 elektronik tu lagi. Contohnya, pemain MP3 kita, apa yang membolehkan kita pilih dan play lagu, adalah disebabkan firmware.

Jadi sama macam pemain MP3 kita, komputer kita pun perlukan firmware untuk start up, iaitu BIOS. Itulah sebabnya, jika BIOS rosak atau corrupt, memang komputer tak dapat di ON langsung. Sama juga kesnya jika motherboard anda rosak, kerana motherboard adalah perkakasan untuk BIOS.

Setelah BIOS berjaya loading, baru lah Windows sebagai Operating System akan boot. BIOS lah yang sebenarnya boot Windows dari harddisk. Sekarang anda tahu kenapa logo Windows akan keluar selepas skrin hitam tu.

0 comments:

Post a Comment