Bagaimana Nak Menggunakan Komputer Tanpa Mouse: Gunakan MouseKeys

pernah tak anda mengalami keadaan di mana, anda harus menggunakan komputer tanpa mouse? Mungkin mouse anda hilang, mungkin juga ianya rosak. Sekiranya ia berlaku, jangan lupa untuk rujuk kembali artikel ini, tentang cara-cara nak menggunakan komputer tanpa mouse.

  • Tekan Win + R bagi melancarkan kotak Run. Taipkan "access.cpl" dan tekan Enter.




  • Accessibility Options akan terbuka. Tekan Ctrl+Tab untuk pergi ke tab MouseKeys.
  • Tandakan pada kotak "Use MouseKeys" dengan menekan space padakeyboard anda. Tekan Enter.


    Kini anda boleh menggerakkan mouse anda dengan menggunakan Numeric Key Pad anda, iaitu bahagian nombor yang terletak pada kanan keyboard. Gunakan nombor 1 hingga 9 untuk menggerakkan mouse ke arah masing-masing. Untuk klik pula, gunakan:

    • 5 untuk left-click
    • + untuk double-click
    • - untuk right-click, diikuti dengan 5
    • / untuk kembali kepada left-click

0 comments:

Post a Comment