Tanda tanda PC anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
- * PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
- * Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
- * Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
- * Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
- * Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
- * Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
- * Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
- * Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
- * Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
- * Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
- * Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
- * Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
- * Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
- * Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
- * Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
- * Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
- * Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
- * Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
- * Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
- * Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
- * Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
- * Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
- * Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
0 comments:
Post a Comment